Tuesday, 2 July 2013

Persiapan Puasa

Assalamualaikum semua..........

Pejam celik, pejam celik nak bertemu kembali dengan bulan Ramadhan.. Cepat betol masa berjalan meninggalkan kita. Dah masuk bulan July. Banyak yang Beeb lalui tahun 2013, manis pahit di harungi dengan  tabah dan tenang.


Alhamdulillah, Beeb masih bernafas lagi di bumi Allah ini dan masih GLAM! heheh... Macam mana dengan persiapan menyambut bulan Ramadhan? Ada juga yang dah sebuk mula shopping raya.. Sekarang pon di shopping2 complex dah banyak orang meniaga baju raya, bermacam-macam.


& for your information this coming Friday, SOGO buat SALES!!!! Jom serbu SOGO sekarang..hehehe... shopping sakan.. Beeb pulak sentiasa bersederhana sahaja. Tengah-tengah puasa baru la sebuk nak bershopping. hehehe....


Untuk permulaan ni Beeb hanya fokus untuk menyambut Ramadhan... Just shopping barang2 dapur & mempersiapkan diri untuk berpuasa. Maklumlah, walaupun puasa kerja tetap kene jalan juga kan... Ini bukan alasan untuk kita hanya duduk senang lenang.


Pesanan Beeb untuk semua, semoga anda semua dapat menyambut puasa dengan bersederhana & dapat menjalankan ibadah puasa dengan tenang & mudah. Insyaallah.






No comments:

Post a Comment